Ibu ayah dah ready ke?
Setiap anak-anak kekuatan mental dan fizikal adalah berbeza. Ia mungkin lancar, atau mungkin akan menguji kesabaran diri ibu ayah sendiri.
Fitrah manusia yang akan rasa tidak bermaya apabila lapar dan dahaga. Ini kan pula anak-anak. Namun apabila dilatih setiap tahun, In Shaa Allah anak-anak akan terbiasa.
Antara tips persediaan mengajar anak puasa, lebih-lebih lagi yang baru pertama kali mencuba.
#1. Terangkan Agar Anak Faham
Terangkan maksud ibadah puasa secara ringkas dengan ayat mudah difahami. Nyatakan kebaikkan dan faedah yang diperolehi jika dapat melakukan dengan ikhlas dan sabar.
Ia juga boleh dilakukan dengan kaedah bercerita, membaca buku, membuat kraf, lakonan boneka, atau menonton kisah 'Upin Ipin' tentang puasa.
#2. Periksa Kemampuan Anak
Puasa ikut kemampuan, dan rancang secara berperingkat. Ibu bapa boleh mulakan dengan beberapa jam dahulu, kemudian barulah diikuti separuh hari dan seterusnya puasa penuh.
Tidak perlu terlalu keras dan memaksa kerana ia akan merosakkan keinginan mereka untuk belajar berpuasa lagi.
Bersahur akan membantu anak-anak, malah orang dewasa untuk kekal bertenaga. Pastikan mengambil makanan yang penuh nutrisi agar anak-anak rasa kenyang lebih lama. Minum air mengikut kadar secukupnya bagi mengelak perut kembung.
Ibu bapa juga boleh terapkan suasana ceria diawal pagi mampu mendorong anak-anak bangun sahur dengan lebih cergas dan bersemangat,
Jika boleh lewatkan sedekit waktu sahur untuk anak-anak yang jenis 'liat' bangun bagi mengelak mereka tertidur ketika menunggu solat subuh.
#4. Sediakan Jadual Aktiviti
Di siang hari mungkin anak akan kurang aktif kerana letih. Oleh itu ibu ayah boleh dorong anak-anak membuat aktiviti indoor yang melekakan. Antaranya mewarna, menghias rumah, bermain play doh, blok binaan, melukis, membaca buku, dan membuat kraf.
Kurangkan menonton TV sepanjang hari, susah juga kerana banyak iklan makanan yang mungkin akan membuat mereka lapar!
#5. Boleh berbuka, tapi kekalkan mood berpuasa
Jika anak tidak mampu berpuasa, biarlah mereka berbuka. Namun, seeloknya kekalkan anak dalam mood berpuasa.
Ada 1 tip menarik yang pernah dikongsikan oleh seorang Pengetua Sekolah. Beliau berkata, bila anak mengadu lapar, bagi dia minum segelas susu dan makan sekadarnya. Kemudian, beritahu elok-elok, “Lepas ini kita cuba puasa balik ya.” Maksudnya, apa yang mereka makan itu ibarat sahur semula. Mudah-mudahan dengan cara ini juga, mereka dapat belajar juga untuk menghormati bulan puasa dan rasa gembira apabila berbuka dengan ibu bapa sewaktu Maghrib nanti.
#6. Hidangkan Makanan Kegemaran
Ibu ayah perlu kreatif di bulan Ramadhan ini bagi memastikan anak-anak mengambil makanan seimbang. Carilah resepi yang menggabungkan makanan kegemaran mereka dengan keperluan sihat. Seperti nugget bersayur atau smoothie kurma coklat.
Bersederhana adalah kunci utama.
#7. Beri Pujian dan Kata Positif
Jangan loket dengan pujian dan ucapan tahniah walaupun anak-anak sekadar berpuasa 2-3 jam atau setengah hari.
Jika mereka nampak seperti mahu berputus asa, berikan galakan semangat. Mereka bukannya sengaja mencari alasan bermanja, tetapi ini lah peranan ibu bapa untuk menerangkan tentang tuntutan puasa dalam agama.
Amacam ibu ayah? mudahkan tips persediaan mengajar anak puasa diatas. Fikir baik-baik dan mohon pada Allah semoga dipermudahkan. In Shaa Allah lama kelamaan anak-anak akan merasai manisnya berpuasa.
Oh ya saya juga ingin kongsikan produk MEAL SHAKES dari Shaklee yang boleh membantu anak-anak kenyang lebih lama, tak pedih perut, dan kekal bertenaga sepanjang hari.
Untuk anda yang baru nak mengamalkan Shaklee, klik link whatsapp saya di bawah untuk konsultasi secara percuma. Saya akan bantu konsult ikut keperluan yang dikehendaki dan budget anda.
Selamat menyambut ketibaan Ramadhan dengan hati yang penuh kesyukuran. Semoga Allah panjangkan usia kita, In Shaa Allah.
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh hubungi saya seperti berikut:
Whatsapp: 012 244 5492
Personal FB: Suzila Mohtar
FB Fan Pages: Ibu Sufi
Instagram: shakleecherasselangor
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya.
Untuk menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee, boleh daftar keahlian melalui saya juga.
Penafian: Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, men diagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan yang kritikal digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu






No comments:
Post a Comment