Sejak PKP ni, saya perhatikan ramai ibu-ibu mula tunjuk skill memasak. Menu yang tak pernah muncul kat rumah pun tiba-tiba muncul. Segala resepi yang viral kat media sosial seperti suatu kemestian untuk dicuba. Sungguh mengisi masa lapang kan!. hihi.
Jika dulu ibu bekerja sebulan sekali masuk ke dapur, sekarang ni dah nampak la 2..3 biji kek keluar dari oven. Memang wow!. Ok la tu, Allah makbulkan impian ibu-ibu nak berehat dan luang masa bersama keluarga. Jangan buat benda pelik-pelik sudah la.
Hari ni saya nak share resepi buat laksa dengan menggunakan bahan yang mudah dirumah. Ok ini bukan resepi viral. Ini resepi tekak saya selaku fan laksa sedunia.
Gambar google
Ramai orang kata buat laksa ni leceh. Ye ker?
Iyshh tak susah laa! Kadang kalau tekak saya dah teringin nak makan, ikan ada 2 ekor kecik pun jalan. Tapi make sure bekalan laksa kering tu ada kat rumah. Tak kan nak pakai mee kuning atau meehoon, dah tak nama laksa pulak.
Berikut adalah resepi laksa untuk anggaran keluarga kecil.
1. Ikan sardin fresh - 2 ekor (size besar)
2. Daun kesom
3. Cili kering blend - 5 sudu besar
4. Asam gelugor - 4 keping
5. Garam
6. Belacan - 1/2 inchi (Jenis belacan main peranan, dapat sedap.. makin sedap la kuah laksa tu)
7. Laksa kering - 1 paket
8. Telur
9. Timun, bawang besar, salad. (Sebagai pelengkap nutrisi hidangan)
Selama ni saya suka pakai ikan kembong 3 ke 4 ekor size sederhana. Kebetulan masa PKP ni banyak pulak orang jual sardin fresh murah, so terbeli banyak. Bila buat goreng, anak-anak tak makan.
So terjadi la kuah laksa PKP fasa 2 hari tu. Dan tak sangka pulak sedap rupanya kuah laksa ikan sardin ni. Isi dah la tebal, pulak tu proses asing tulang lebih mudah sebab isi sardin ni pejal. So tak renyah sangat. #TipsMasak
Ok jom start masak.
1. Rendam laksa kering tu dulu, nanti dah lembut sekit baru rebus.
2. Next rebus ikan sardin. Paras air lebih sekit je dari ikan. Masak dalam 1/2jam.
3. Dah siap rebus, biarkan sejuk sekejap. Nak asing tulang terus nanti melecur tangan pulak.
4. Dah sejuk, boleh la ceraikan isi ikan dari tulang.
(Air rebusan ikan, tulang ikan, kepala ikan jangan dibuang lagi. Simpan tepi dulu.)
5. Waktu blend isi ikan, tambah air masak. Anggaran air masak dalam lebih seinchi dari paras isi ikan. Ok blend!
6. Periuk rebusan ikan tadi boleh jer terus guna buat periuk kuah. Sebelum tu perhatikan air rebusan jika ada tulang tertinggal. Kalau clear, boleh terus masuk isi ikan yang siap di blend tadi.
7. Lakukan proses blend yang sama pada tulang dan kepala ikan. Cuma waktu nak curah dalam periuk kuah, kena extra hati-hati supaya tak ada tulang halus terlepas masuk.
8. Next masukkan cili kering, daun kesom, asam gelegor, belancan dan garam sekit demi sedekit. (Adjust la pedas, masin, masam ikut tekak sendiri)
9. Kalau kuah nampak terlalu pekat, boleh tambah air masak lagi. Kalau tak cukup pekat, next time tambah ikan lagi.
10. Kuah dah masak boleh la makan...................yeayy!
Senang jer korang. Boleh masak anytime. Dalam sejam dah boleh ngap.
Jika korang sejenis malas nak rebus laksa kering, sekarang ni dah ada banyak brand laksa basah 'ready to eat' kat kedai runcit dan pasaraya. Ke korang tak perasan....
Antara contoh laksa basah dipasaran. Sumber: Google
Orait itu sahaja perkongsian saya hari ini. Terima kasih berkunjung ke blog saya. Adiosss!
Boleh follow personal facebook saya--> Suzila Mohtar
FB Fan Pages: Ibu Sufi


No comments:
Post a Comment