Walaupun suatu ketika, anak sulung sudah besar dan ada ramai adik beradik namun bila mereka bercakar dikalangan mereka, side salah anak sulung pasti ibu cepat sejuk dan maafkan segera. Betul tak?
Eh! anak-anak lain jangan terasa lebih pulak. Ibu ayah masih sayang kan kamu la. Cuma caranya berbeza pula.
Menurut Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, anak sulung mempunyai karektor yang tenang, bertolak ansur, dan mudah diajak berbincang.
Tetapi sebenarnya anak sulung merupakan anak yang agak sensetif dan suka meminta perhatian lebih walaupun sudah memiliki adik-adik kecil.
Ego tersembunyi adalah istilah yang paling tepat.
Kenali anak sulung secara dekat:
1. Ego
Walaupun mampu bertolak ansur, tetapi adakala anak sulung sebenarnya lebih degil dalam sesuatu hal. Jika mahukan sesuatu, akan diusahakan sehingga dapat.
Jika waktu kecil-kecil, memang panas telinga ibu ayah asyik dengar permintaan berulang kali si sulung. Selagi tak dapat, selagi tu la dia minta. Silap hari bulan ibu ayah pun naik angin.
Dengan kata lain mereka tak mahu dipandang rendah dalam segala hal, malah dalam diam mereka tidak suka diasak atau diarahkan secara keras. Kalau nak apa-apa, minta secara lembut dan berhikmah. Pasti mereka mudah lembut hati.
2. Bertolak ansur
Walaupun tegas namun anak sulung masih mampu bertolak ansur dalam segala hal. Mungkin ini disebabkan mereka cuba bersikap rasional dalam segala hal terutamanya sekali kepada adik-adik.
Jika adik-adik pandai ambil hati si sulung, segala kepunyaan si sulung pasti diserahkan pada si adik tanpa banyak soal. Bodek? hmm haha.
3. Lebih tegas
Karektor sebagai ketua, dan cuba pamerkan sikap rasa tanggungjawab kepada keluarga membuatkan anak sulung lebih tegas berbanding anak yang lain.
Awas! Jika anak sulung ada sifat baran yang sukar dikawal, berkemungkinan perbalahan dan kecil hati antara adik beradik boleh berlanjutan lama.
4. Mengawal orang lain
Kebiasaan anak sulung pandai bermain dengan kata-kata. Keramahan dalam pergaulan menyenangkan dia bergaul dan mengawal situasi sekeliling. Hal ini juga mungkin disebabkan rasa hormat adik-adik lain kepada anak sulung yang lebih banyak pengalaman dan ilmunya.
Rata-rata anak sulung juga adalah contoh pendamai.
5. Lebih bijak
Sebagai orang yang terawal, anak sulung kelihatan lebih bijak dalam segala hal. Kegigihan ini didorong oleh rasa ingin dicontohi oleh orang lain terutamanya adik-beradiknya.
Jangan salah faham pula, adik-adik yang lain pun pandai juga, cuma kurang menunjuk atas dasar hormat.

Sumber: Pa Ma
Ini sahaja perkongsian tentang karektor anak sulung. Ada kelapangan nanti saya kongsikan pula karektor anak-anak yang lain. In Shaa Allah.
Oh ya, jika ada ibu ayah yang sedang mencari makanan tambahan bagi meningkatkan selera makan anak-anak atau meningkatkan berat badan anak-anak yang terlalu kurus dan cerewet makan, boleh usaha amalkan MEAL SHAKES dari Shaklee.
Berminat boleh terus hubungi saya.
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh hubungi saya seperti berikut:
Whatsapp: 012 244 5492
Personal FB: Suzila Mohtar
FB Fan Pages: Ibu Sufi
Instagram: shakleecherasselangor
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya.
Untuk menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee, boleh daftar keahlian melalui saya juga.
Penafian: Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, men diagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan yang kritikal digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu









