Wednesday, April 22, 2020

Pilihan Vitamin Terbaik Untuk Kulit Sihat

Wanita dan kecantikkan berpisah tiada!

Tidak hairan lah di pasaran, produk makanan tambahan, produk skincare, atau produk komestik yang sinonim dengan wanita sentiasa mendapat permintaan tinggi.

Walau bagaimana pun, hati-hati ya semua! Jangan terlalu ghairah dengan produk viral. Lebih-lebih lagi produk 'fast result' . Testimoni yang banyak tidak menjamin tiada kesan jangka masa panjang. Bahaya tu.

Sebaikknya jadilah pengguna yang bjak sebelum membuat pilihan, pastikan produk yang kita hendak guna telah mendapat pengikhtirafan oleh pakar dan pihak berwajib. Jangan bedal jer!

Kang harap yang lain, benda yang lain pulak dapat. Fiuhh mintak simpang.



Saya nak share hari ni, Shaklee juga mempunyai rangkaian produk makanan tambahan untuk mendapatkan kulit sihat berseri-seri. Saranan pengambilan beberapa jenis vitamin secara consistent akan bertindak memulihkan kerosakkan sell kulit luaran dan dalaman.

Jangan terkejut kalau korang akan jadi lebih muda dari usia.

Berikut adalah set kulit Shaklee.

Vitamin C

  • Sangat penting untuk bantu pembentukan kologen kulit.
  • Berupaya mempercepatkan proses pemulihan kulit
  • Melindungi dan mencegah kerosakkan sel
  • Bertindak sebagai anti-oksida 


Vitamin E

  • Vitamin penting untuk naikkan seri kulit.
  • Bertindak sebagai anti-oksida dan anti-penuaan.
  • Melindungi dan mencegah kerosakkan sel.
  • Berupaya mempercepatkan proses pemulihan kulit
  • Berupaya mengurangkan kesan jeragat pada kulit.
  • Berupaya mengawal kandungan minyak dalam kulit.
  • Mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan.
  • Memulihkan tekstur kulit dan tona kulit.


Vitamin B

  • Melegakan urat saraf yang alami stress, punca kulit tidak tegang dan sihat.
  • Mencegah kelesuan dan tekanan menyeluruh tubuh. 
  • Membaiki mood agar lebih ceria. 


ESP

  • Awet muda.
  • Membekal tenaga.
  • Baik untuk hormon.
  • Mengurangkan kedutan dan parut.
  • Mempercepatkan penyembuhan kerosakkan kulit.



Testimoni pengguna set kulit Shaklee





Bukan biashe-biashe kejayaan pengguna kita ni. Pucuk pangkalnya pengambilan secara consistent , displin dan sabar. Diet makanan pun wajib jaga. Kalau merungut jer.. stress, makin sukar pemulihan berlaku. Mental pun main peranan tau!

Kebiasaanya mereka yang mula mengamalkan makanan tambahan, nafsu makan makanan yang tidak berkhasiat akan berkurangan. Bila setiap hari badan menerima nutrisi yang betul, makan pemulihan dalaman akan berlaku. Dari situ cell-cell kulit yang sihat akan terbina.

Slowly but surely.





Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh hubungi saya seperti berikut:

Whatsapp: 012 244 5492
Personal FB: Suzila Mohtar 
FB Fan Pages: Ibu Sufi
Instagram: shakleecherasselangor

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya.

Untuk menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee, boleh daftar keahlian melalui saya juga.


Penafian: Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, men diagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan yang kritikal digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu

Sunday, April 19, 2020

Resepi Laksa PKP Mudah Pantas

Salam Perintah Kawalan Pergerakan hari ke 33. Semoga negara Malaysia kita semakin baik hendak-Nya.

Sejak PKP ni, saya perhatikan ramai ibu-ibu mula tunjuk skill memasak. Menu yang tak pernah muncul kat rumah pun tiba-tiba muncul. Segala resepi yang viral kat media sosial seperti suatu kemestian untuk dicuba. Sungguh mengisi masa lapang kan!. hihi.

Jika dulu ibu bekerja sebulan sekali masuk ke dapur, sekarang ni dah nampak la 2..3 biji kek keluar dari oven. Memang wow!. Ok la tu, Allah makbulkan impian ibu-ibu nak berehat dan luang masa bersama keluarga. Jangan buat benda pelik-pelik sudah la.



Hari ni saya nak share resepi buat laksa dengan menggunakan bahan yang mudah dirumah. Ok ini bukan resepi viral. Ini resepi tekak saya selaku fan laksa sedunia.

Gambar google

Ramai orang kata buat laksa ni leceh. Ye ker?

Iyshh tak susah laa! Kadang kalau tekak saya dah teringin nak makan, ikan ada 2 ekor kecik pun jalan. Tapi make sure bekalan laksa kering tu ada kat rumah. Tak kan nak pakai mee kuning atau meehoon, dah tak nama laksa pulak.

Berikut adalah resepi laksa untuk anggaran keluarga kecil.

1. Ikan sardin fresh - 2 ekor (size besar)
2. Daun kesom
3. Cili kering blend - 5 sudu besar
4. Asam gelugor - 4 keping
5. Garam
6. Belacan - 1/2 inchi (Jenis belacan main peranan, dapat sedap.. makin sedap la kuah laksa tu)

7. Laksa kering - 1 paket
8. Telur
9. Timun, bawang besar, salad. (Sebagai pelengkap nutrisi hidangan)


Selama ni saya suka pakai ikan kembong 3 ke 4 ekor size sederhana. Kebetulan masa PKP ni banyak pulak orang jual sardin fresh murah, so terbeli banyak. Bila buat goreng, anak-anak tak makan.

So terjadi la kuah laksa PKP fasa 2 hari tu. Dan tak sangka pulak sedap rupanya kuah laksa ikan sardin ni. Isi dah la tebal, pulak tu proses asing tulang lebih mudah sebab isi sardin ni pejal. So tak renyah sangat. #TipsMasak


Ok jom start masak.

1. Rendam laksa kering tu dulu, nanti dah lembut sekit baru rebus.
2. Next rebus ikan sardin. Paras air lebih sekit je dari ikan. Masak dalam 1/2jam.
3. Dah siap rebus, biarkan sejuk sekejap. Nak asing tulang terus nanti melecur tangan pulak.
4. Dah sejuk, boleh la ceraikan isi ikan dari tulang.
(Air rebusan ikan, tulang ikan, kepala ikan jangan dibuang lagi. Simpan tepi dulu.)
5. Waktu blend isi ikan, tambah air masak. Anggaran air masak dalam lebih seinchi dari paras isi ikan. Ok blend!
6. Periuk rebusan ikan tadi boleh jer terus guna buat periuk kuah. Sebelum tu perhatikan air rebusan jika ada tulang tertinggal. Kalau clear, boleh terus masuk isi ikan yang siap di blend tadi.
7. Lakukan proses blend yang sama pada tulang dan kepala ikan. Cuma waktu nak curah dalam periuk kuah, kena extra hati-hati supaya tak ada tulang halus terlepas masuk.
8. Next masukkan cili kering, daun kesom, asam gelegor, belancan dan garam sekit demi sedekit. (Adjust la pedas, masin, masam ikut tekak sendiri)
9. Kalau kuah nampak terlalu pekat, boleh tambah air masak lagi. Kalau tak cukup pekat, next time tambah ikan lagi.
10. Kuah dah masak boleh la makan...................yeayy!


Senang jer korang. Boleh masak anytime. Dalam sejam dah boleh ngap.

Jika korang sejenis malas nak rebus laksa kering, sekarang ni dah ada banyak brand laksa basah 'ready to eat' kat kedai runcit dan pasaraya. Ke korang tak perasan....

Antara contoh laksa basah dipasaran. Sumber: Google


Orait itu sahaja perkongsian saya hari ini. Terima kasih berkunjung ke blog saya. Adiosss!


Boleh follow personal facebook saya--> Suzila Mohtar 

FB Fan Pages: Ibu Sufi

Thursday, April 16, 2020

Tips Persediaan Mengajar Anak Berpuasa

Tidak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan. Lebih seronok lagi bila ibadah kali ini akan diserikan dengan anak-anak yang akan mula belajar berpuasa.

Ibu ayah dah ready ke?

Setiap anak-anak kekuatan mental dan fizikal adalah berbeza. Ia mungkin lancar, atau mungkin akan menguji kesabaran diri ibu ayah sendiri.

Fitrah manusia yang akan rasa tidak bermaya apabila lapar dan dahaga. Ini kan pula anak-anak. Namun apabila dilatih setiap tahun, In Shaa Allah anak-anak akan terbiasa.



Antara tips persediaan mengajar anak puasa, lebih-lebih lagi yang baru pertama kali mencuba.

#1. Terangkan Agar Anak Faham

Terangkan maksud ibadah puasa secara ringkas dengan ayat mudah difahami. Nyatakan kebaikkan dan faedah yang diperolehi jika dapat melakukan dengan ikhlas dan sabar.

Ia juga boleh dilakukan dengan kaedah bercerita, membaca buku, membuat kraf, lakonan boneka, atau menonton kisah 'Upin Ipin' tentang puasa.


#2. Periksa Kemampuan Anak

Puasa ikut kemampuan, dan rancang secara berperingkat. Ibu bapa boleh mulakan dengan beberapa jam dahulu, kemudian barulah diikuti separuh hari dan seterusnya puasa penuh.

Tidak perlu terlalu keras dan memaksa kerana ia akan merosakkan keinginan mereka untuk belajar berpuasa lagi.


#3. Jangan Tinggal Sahur.

Bersahur akan membantu anak-anak, malah orang dewasa untuk kekal bertenaga. Pastikan mengambil makanan yang penuh nutrisi agar anak-anak rasa kenyang lebih lama. Minum air mengikut kadar secukupnya bagi mengelak perut kembung.

Ibu bapa juga boleh terapkan suasana ceria diawal pagi mampu mendorong anak-anak bangun sahur dengan lebih cergas dan bersemangat,

Jika boleh lewatkan sedekit waktu sahur untuk anak-anak yang jenis 'liat' bangun bagi mengelak mereka tertidur ketika menunggu solat subuh.


#4. Sediakan Jadual Aktiviti

Di siang hari mungkin anak akan kurang aktif kerana letih. Oleh itu ibu ayah boleh dorong anak-anak membuat aktiviti indoor yang melekakan. Antaranya mewarna, menghias rumah, bermain play doh, blok binaan, melukis, membaca buku, dan membuat kraf.

Kurangkan menonton TV sepanjang hari, susah juga kerana banyak iklan makanan yang mungkin akan membuat mereka lapar!



#5. Boleh berbuka, tapi kekalkan mood berpuasa

Jika anak tidak mampu berpuasa, biarlah mereka berbuka. Namun, seeloknya kekalkan anak dalam mood berpuasa.

Ada 1 tip menarik yang pernah dikongsikan oleh seorang Pengetua Sekolah. Beliau berkata, bila anak mengadu lapar, bagi dia minum segelas susu dan makan sekadarnya. Kemudian, beritahu elok-elok, “Lepas ini kita cuba puasa balik ya.” Maksudnya, apa yang mereka makan itu ibarat sahur semula. Mudah-mudahan dengan cara ini juga, mereka dapat belajar juga untuk menghormati bulan puasa dan rasa gembira apabila berbuka dengan ibu bapa sewaktu Maghrib nanti.


#6. Hidangkan Makanan Kegemaran 

Ibu ayah perlu kreatif di bulan Ramadhan ini bagi memastikan anak-anak mengambil makanan seimbang. Carilah resepi yang menggabungkan makanan kegemaran mereka dengan keperluan sihat. Seperti nugget bersayur atau smoothie kurma coklat.

Bersederhana adalah kunci utama.


#7. Beri Pujian dan Kata Positif

Jangan loket dengan pujian dan ucapan tahniah walaupun anak-anak sekadar berpuasa 2-3 jam atau setengah hari.

Jika mereka nampak seperti mahu berputus asa, berikan galakan semangat. Mereka bukannya sengaja mencari alasan bermanja, tetapi ini lah peranan ibu bapa untuk menerangkan tentang tuntutan puasa dalam agama.




Amacam ibu ayah? mudahkan tips persediaan mengajar anak puasa diatas. Fikir baik-baik dan mohon pada Allah semoga dipermudahkan. In Shaa Allah lama kelamaan anak-anak akan merasai manisnya berpuasa.

Oh ya saya juga ingin kongsikan produk MEAL SHAKES dari Shaklee yang boleh  membantu anak-anak kenyang lebih lama, tak pedih perut, dan kekal bertenaga sepanjang hari.





Untuk anda yang baru nak mengamalkan Shaklee, klik link whatsapp saya di bawah untuk konsultasi secara percuma. Saya akan bantu konsult ikut keperluan yang dikehendaki dan budget anda.

Selamat menyambut ketibaan Ramadhan dengan hati yang penuh kesyukuran. Semoga Allah panjangkan usia kita, In Shaa Allah.



Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh hubungi saya seperti berikut:

Whatsapp: 012 244 5492
Personal FB: Suzila Mohtar 
FB Fan Pages: Ibu Sufi
Instagram: shakleecherasselangor

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya.

Untuk menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee, boleh daftar keahlian melalui saya juga.


Penafian: Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, men diagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan yang kritikal digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu

Sunday, April 12, 2020

10 Rutin Harian Untuk Kulit Cantik

Dah tahun 2020, masih ada lagi ke wanita moden yang  tak kisah tentang kecantikkan? Mungkin ada tapi percentage sangat rendah.

Cantik bukan terletak pada cantiknya wajah dan kena pandai makeup seinchi. Tak!

Macam saya sendiri, gambaran cantik lebih kepada mempunyai tahap kesihatan tubuh yang menyeluruh. Tubuh yang bertenaga, disamping memiliki kulit sihat, cantik dan glowing secara natural.

Jadi sebabkan itu, saya nak share dengan korang mana mana kita boleh sama-sama achieve goals ni.




#1. BFF dengan air kosong

Secara purata, badan orang dewasa memerlukan 2 liter air kosong sehari.

Selain berfungsi mengawal suhu badan dan menjadi medium transportasi zat gizi dan oksiden dalam darah, air merupakan agen detox terbaik.

So, jangan merungut tau bila korang akan kerap ke toilet. Itu merupakan cara terbaik toksin dalam badan kita untuk keluar.


#2. Kurangkan makanan dan minuman manis

Gula ni umpama musuh dalam diam. Pengambilan yang berlebihan akan ganggu sistem tubuh dan beri banyak komplikasi kesihatan. Contoh penyakit yang biasa dialami oleh penggemar manisan adalah diabetis dan kegagalan buah pinggang. Hmm takut kan?

Tak hairan juga mereka yang suka makanan dan minuman manis akan alami sedekit kesukaran dalam penyembuhan kulit dan luka. Muka pun kusam.


#3. Kurangkan pegambilan kafien

Bagi coffee lover sepeti saya, kopi merupakan minuman yang menenangkan. Ia mampu menjadikan emosi lebih baik setiap hari. Kalau sehari tak dapat memang tak sah!

Namun kafien berlebihan juga mampu menghalang zat-zat baik dari makanan lain yang kita ambil dari diserap oleh tubuh. Tapi jika nak minum juga, pastikan jarak kan sedekit tempoh pengambilan.


#4. Minum air kosong selepas bangun tidur

Dalam badan kita ada suatu molekul yang sangat penting iaitu Nitric Oxide ( NO ). NO bertindak mengawal tekanan darah, sebagai neurotransmitter,  anti-penuaan, anti-oxidant, anti-inflammatori dan banyak lagi peranan penting.

NO terhasil dari bakteria yang terkumpul di dalam air liur yang terhasil semasa kita tidur.

Woww kan info ni? So esok bangun pagi make sure minum air kosong dulu sebelum gosok gigi.


#5. Elak menyentuh wajah secara kerap.

Jangan sering menyentuh wajah dalam keadaan tangan kita kotor. Lebih-lebih lagi ketika kita sedang berkerja dengan menggunakan pelbagai peralatan.

Cuci tangan dahulu sebelum sentuh kulit wajah kita. Persekitaran kita banyak bendasing kotor yang tak boleh dilihat dengan mata.

Jika kekotoran dah melekat pada kulit dan tidak dibersihkan segera, alamat ia akan terus melekat dan menghalang sel kulit baru. Seterusnya membuatkan tona kulit kita tidak sekata dan kusam. Auch!


#6. Gunakan towel berbeza

Selain mengelak berkongsi tuala mandi dengan orang lain, tak kiralah pasangan, atau anak-anak atau ahli keluarga yang lain. Membezakan tuala badan dan muka juga antara langkah mengelak penyebaran kulat / bakteria jahat punca kulit rosak.

No.. no.. no..


#7. Jangan tinggalkan rutin skincare


Pastikan rutin skin care dilakukan setiap bangun pagi dan sebelum tidur. Ini bertujuan bagi memastikan cell mati segera hilang, dan diganti dengan cell baru yang lebih sihat.

Jangan lupa lupa juga rutin skincare selepas menggunakan komestik bagi mengelak liang wajah tertutup dan merosakkan struktur kulit. Double cleansing lebih bagus!


Mask dan scrub muka 2 ke 3 kali seminggu juga antara rutin skincare yang baik bagi membuang cell kulit mati yang degil.

Oh ya, pilih produk organic yang telah diuji oleh pakar bagi mengelak kesan masa pendek dan panjang. Jangan confident sangat pakai produk timbang ye. hihi


#8. Detox dengan teh hijau

Detox teh hijau adalah rutin paling biasa dilakukan oleh mereka yang mementingkan kecantikkan menyeluruh.

Minum teh hijau suam sebelum tidur, mampu nyah-toksin dalam tubuh melalui sistem pembuangan disebelah pagi. Hasilnya kulit cantik, tubuh pun sihat dan langsing.


#9. Makan banyak buah-buahan dan sayuran 

Sumber nutrisi semulajadi yang digalakkan oleh pakar pemakananan dan kecantikan. Tak perlu ragu lagi! segera jadikan buah-buahan dan sayuran sebagai snek utama dalam kehidupan seharian kita.

Kurangkan makanan berminyak dan berlemak, dan gantikan dengan buah-buahan dan sayuran yang penuh dengan vitamin utama bagi mendapatkan kulit yang bersinar.


#10. Makanan tambahan 

Jangan pandang rendah dengan pengambilan makanan tambahan. Lagi-lagi natural supplement yang telah diuji oleh pakar nutrisi. Pilih yang terbaik agar ia dapat mengisi segala kekurangan nutrisi makanan yang kita makan.

Macam saya sendiri telah memilih produk Shaklee sebagai pelengkap nutrisi seharian saya. Dimana produk ini telah diperakui keberkesanannya dan telah diamalkan oleh ibu-ibu kita berpuluh tahun lamanya.



Nak tahu produk Shaklee untuk kecantikkan? Yess set dibawah ni la. Serius best sangat.



Klik ---> SET KECANTIKKAN SHAKLEE untuk lihat lebih banyak testimoni dan info produk.


Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh hubungi saya seperti berikut:

Whatsapp: 012 244 5492
Personal FB: Suzila Mohtar 
FB Fan Pages: Ibu Sufi
Instagram: shakleecherasselangor

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya.

Untuk menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee, boleh daftar keahlian melalui saya juga.


Penafian: Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, men diagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan yang kritikal digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Set Slimming Selamat Pilihan Wanita Malaysia

Assalammualaikum. Semoga semua dalam keadaan sihat hendaknya. Dengar-dengar musim PKP ni ramai yang naik berat badan. Opss. Saya pun tak t...