Cantik bukan terletak pada cantiknya wajah dan kena pandai makeup seinchi. Tak!
Macam saya sendiri, gambaran cantik lebih kepada mempunyai tahap kesihatan tubuh yang menyeluruh. Tubuh yang bertenaga, disamping memiliki kulit sihat, cantik dan glowing secara natural.
Jadi sebabkan itu, saya nak share dengan korang mana mana kita boleh sama-sama achieve goals ni.
#1. BFF dengan air kosong
Secara purata, badan orang dewasa memerlukan 2 liter air kosong sehari.
Selain berfungsi mengawal suhu badan dan menjadi medium transportasi zat gizi dan oksiden dalam darah, air merupakan agen detox terbaik.
So, jangan merungut tau bila korang akan kerap ke toilet. Itu merupakan cara terbaik toksin dalam badan kita untuk keluar.
#2. Kurangkan makanan dan minuman manis
Gula ni umpama musuh dalam diam. Pengambilan yang berlebihan akan ganggu sistem tubuh dan beri banyak komplikasi kesihatan. Contoh penyakit yang biasa dialami oleh penggemar manisan adalah diabetis dan kegagalan buah pinggang. Hmm takut kan?
Tak hairan juga mereka yang suka makanan dan minuman manis akan alami sedekit kesukaran dalam penyembuhan kulit dan luka. Muka pun kusam.
#3. Kurangkan pegambilan kafien
Bagi coffee lover sepeti saya, kopi merupakan minuman yang menenangkan. Ia mampu menjadikan emosi lebih baik setiap hari. Kalau sehari tak dapat memang tak sah!
Namun kafien berlebihan juga mampu menghalang zat-zat baik dari makanan lain yang kita ambil dari diserap oleh tubuh. Tapi jika nak minum juga, pastikan jarak kan sedekit tempoh pengambilan.
#4. Minum air kosong selepas bangun tidur
Dalam badan kita ada suatu molekul yang sangat penting iaitu Nitric Oxide ( NO ). NO bertindak mengawal tekanan darah, sebagai neurotransmitter, anti-penuaan, anti-oxidant, anti-inflammatori dan banyak lagi peranan penting.
NO terhasil dari bakteria yang terkumpul di dalam air liur yang terhasil semasa kita tidur.
Woww kan info ni? So esok bangun pagi make sure minum air kosong dulu sebelum gosok gigi.
#5. Elak menyentuh wajah secara kerap.
Jangan sering menyentuh wajah dalam keadaan tangan kita kotor. Lebih-lebih lagi ketika kita sedang berkerja dengan menggunakan pelbagai peralatan.
Cuci tangan dahulu sebelum sentuh kulit wajah kita. Persekitaran kita banyak bendasing kotor yang tak boleh dilihat dengan mata.
Jika kekotoran dah melekat pada kulit dan tidak dibersihkan segera, alamat ia akan terus melekat dan menghalang sel kulit baru. Seterusnya membuatkan tona kulit kita tidak sekata dan kusam. Auch!
#6. Gunakan towel berbeza
Selain mengelak berkongsi tuala mandi dengan orang lain, tak kiralah pasangan, atau anak-anak atau ahli keluarga yang lain. Membezakan tuala badan dan muka juga antara langkah mengelak penyebaran kulat / bakteria jahat punca kulit rosak.
No.. no.. no..
#7. Jangan tinggalkan rutin skincare
Pastikan rutin skin care dilakukan setiap bangun pagi dan sebelum tidur. Ini bertujuan bagi memastikan cell mati segera hilang, dan diganti dengan cell baru yang lebih sihat.
Jangan lupa lupa juga rutin skincare selepas menggunakan komestik bagi mengelak liang wajah tertutup dan merosakkan struktur kulit. Double cleansing lebih bagus!
Mask dan scrub muka 2 ke 3 kali seminggu juga antara rutin skincare yang baik bagi membuang cell kulit mati yang degil.
Oh ya, pilih produk organic yang telah diuji oleh pakar bagi mengelak kesan masa pendek dan panjang. Jangan confident sangat pakai produk timbang ye. hihi
#8. Detox dengan teh hijau
Detox teh hijau adalah rutin paling biasa dilakukan oleh mereka yang mementingkan kecantikkan menyeluruh.
Minum teh hijau suam sebelum tidur, mampu nyah-toksin dalam tubuh melalui sistem pembuangan disebelah pagi. Hasilnya kulit cantik, tubuh pun sihat dan langsing.
#9. Makan banyak buah-buahan dan sayuran
Sumber nutrisi semulajadi yang digalakkan oleh pakar pemakananan dan kecantikan. Tak perlu ragu lagi! segera jadikan buah-buahan dan sayuran sebagai snek utama dalam kehidupan seharian kita.
Kurangkan makanan berminyak dan berlemak, dan gantikan dengan buah-buahan dan sayuran yang penuh dengan vitamin utama bagi mendapatkan kulit yang bersinar.
#10. Makanan tambahan
Jangan pandang rendah dengan pengambilan makanan tambahan. Lagi-lagi natural supplement yang telah diuji oleh pakar nutrisi. Pilih yang terbaik agar ia dapat mengisi segala kekurangan nutrisi makanan yang kita makan.
Macam saya sendiri telah memilih produk Shaklee sebagai pelengkap nutrisi seharian saya. Dimana produk ini telah diperakui keberkesanannya dan telah diamalkan oleh ibu-ibu kita berpuluh tahun lamanya.
Nak tahu produk Shaklee untuk kecantikkan? Yess set dibawah ni la. Serius best sangat.
Klik ---> SET KECANTIKKAN SHAKLEE untuk lihat lebih banyak testimoni dan info produk.
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh hubungi saya seperti berikut:
Whatsapp: 012 244 5492
Personal FB: Suzila Mohtar
FB Fan Pages: Ibu Sufi
Instagram: shakleecherasselangor
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya.
Untuk menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee, boleh daftar keahlian melalui saya juga.
Penafian: Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, men diagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan yang kritikal digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu




No comments:
Post a Comment